suria

Khusrin Angkat Sumpah Simpan Rahsia

Khusrin mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) pada satu majlis ringkas di sini, Rabu. Pada Jan 6 lepas, Mohamad Khusrin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamad Khusrin Munawi akhirnya mengangkat sumpah simpan rahsia pada Rabu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Mohamad Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari Rabu.

Pelantikan Mohamad Khusrin pada mulanya menjadi kontroversi apabila Abdul Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, namun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamad Khusrin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada 6 Jan lepas.

Bagaimanapun, majlis angkat sumpah simpan rahsia ditangguhkan sehingga Rabu.

Menteri Besar sebelum ini mempertikaikan pelantikan Mohamad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Jan lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, menyatakan beliau tidak dirundingi sebelum pelantikan itu.

Berikutan itu, kerajaan negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tetapi gagal memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan.

Kerajaan negeri menyatakan cadangan pindaan itu bagi mengembalikan semula kuasa kepada sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan awam di negeri itu iaitu setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain