suria

Tertuduh Mahkamah Perlu Guna Pintu Utama

PETALING JAYA: Seorang pegawai mahkamah (pegawai khas pejabat Ketua Hakim Negara) berkata, mereka yang dipanggil ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan tidak dibenarkan masuk melainkan menggunakan pintu utama bilik perbicaraan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden kekecohan di Mahkamah Majistret di sini apabila lima anggota polis yang dituduh menyerang ahli perniagaan di Kota Damansara pada Disember lalu dibawa masuk ke ruang persidangan menggunakan pintu kakitangan.

Ditanya mengapa kelima-lima tertuduh itu dibenarkan menggunakan laluan berkenaan dan sama ada menerima layanan istimewa kerana mereka adalah anggota polis, pegawai terbabit berkata: "Anggota polis yang bertugas di bilik perbicaraan telah membenarkan tertuduh menggunakan laluan kakitangan.

"Bagaimanapun pihak polis telah diberi amaran supaya tidak mengulangi perkara berkenaan."

Kesal dengan insiden tersebut, peguam yang mewakili plaintif, Bung Hing Chia menyatakan kepada Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan bahawa perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku.

Lim kemudiannya meminta agar mahkamah mengarahkan kelima-lima tertuduh supaya memasuki semula ruang perbicaan menggunakan pintu utama.

Bagaimanapun Nik Mohd Fadli berkata, beliau tidak boleh mengeluarkan arahan berkenaan menolak permintaan Lim.

Empat yang didakwa, Konstable Mohd Azwan Hassan, Norzali Rosle, Ahmad Saifullah Osman dan Alizulhafiz Abdul Ghafar didakwa pada 11 Januari lalu atas kesalahan dengan sengaja menyerang dan memukul Chia di Balai Polis Kota Damansara pada 19 Disember.

Artikel Lain