PERANGAI, sikap ataupun peradaban seseorang manusia sukar untuk dijangka. Seorang teman berkata, pendidikan itu penting untuk membolehkan individu itu mempunyai peradaban yang tinggi.Seorang lagi pula berkata, pendidikan itu hanya dinilai pada sekeping kertas tetapi peradaban itu berada dalam diri, sesuatu yang lebih utama melangkaui kepentingan pendidikan seseorang. Niezam bersetuju dengan kedua-dua pandangan itu. Mereka memberi komen berkenaan selepas membaca status Facebook yang Niezam tulis mengenai sikap seorang artis yang tidak cerdik.Pelakon wanita itu mengambil tindakan kurang bijak tanpa usul periksa. Mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun rakan pelakonnya termasuklah peminat melalui jaringan sosial milik peribadinya.Cacian itu kemudian disebarkan kepada umum. Kenapa perlu buat begitu?Tujuannya agar luahan perasaan marah itu dapat ditatap oleh sesiapa sahaja.Berikutan status Niezam itu, si artis turut tidak berpuas hati dan seolah-olah ingin menunjukkan dirinya baik dengan menyalahkan orang lain tanpa mahu merujuk kata-kata yang ditulisnya sendiri.Itulah padahnya apabila seseorang artis yang mempunyai kuasa menulis, meluahkan segala macam isi hati. Perbuatan itu menunjukkan kelemahan yang ada padanya.Cerdik pandai berkata, orang yang banyak bercakap akan mempamerkan kelemahan dan kesombongan diri.Untuk menjadi manusia yang cerdik tidak perlu belajar tinggi cukup sekadar menghormati orang lain dengan menjaga tingkah laku dan perbuatan.Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah pun tidak belajar tinggi tetapi mereka cerdik dalam membuat tindakan. Maka artis macam ini akan dihormati dan disegani disebabkan sikap mereka.Niezam tak mahu berperang dengan sesiapa apatah lagi dengan artis yang tak pernah nak lihat kelemahan diri mereka.Cuma Niezam sekadar nak berpesan. Biarlah apabila kita mati jasa dikenang kerana perbuatan baik dan bukannya dengan kehebatan mencaci.NIEZAM: Belajar memahami kata-kata artis. Wartawan dan cerita sensasiADA seseorang hantar SMS kepada Niezam sambil marah-marah. Kata dia, wartawan hanya tahu cari cerita sensasi saja dan dia marah kalau Niezam memaparkan kisah-kisah sensasi.Niezam tersenyum saja dan sikit pun tak teringin nak balas mesej yang dia berikan itu. Niezam merasakan orang yang hantar SMS tersebut memang jenis orang yang macam kuda tunggangan. Dia hanya pandang satu arah saja.Kalau orang itu membaca ruangan ini, Niezam ingin jelaskan memang wartawan lebih pentingkan kisah-kisah sensasi. Ia adalah fakta tidak kiralah dalam bidang hiburan, politik, sukan, mahkamah, jenayah dan sebagainya. Semua yang dianggap sensasi mempunyai nilai berita yang tinggi.Perkara ini berlaku kepada dunia kewartawanan seluruh dunia.Orang yang tidak gemar kisah sensasi, tidak mendengar cerita-cerita sensasi dia bukanlah manusia yang normal.Niezam pernah singgah di satu kedai kopi. Di kedai kopi itu orang sibuk bercerita kisah anak tok penghulu kena tangkap basah. Satu kampung kecoh bercerita kisah itu.Niezam tak marah kepada sekumpulan penduduk kampung yang membuka cerita tersebut kerana Niezam menganggap mereka ialah orang yang normal.Cuma bagaimana menerima berita itu adalah penting.Tetapi Niezam amat marah kepada pengirim SMS yang mempersoalkan perkara itu kerana sikap talam dua mukanya.Buktinya kalau dia tidak membaca kisah-kisah sensasi selama ini, mana dia tahu wartawan pernah menulis cerita seperti itu?Ini bermakna dia juga menyukai cerita sensasi tetapi sengaja tidak mahu menerima hakikat tersebut. Inilah dinamakan orang yang tak tahu malu.NIEZAM: Malu tapi mahu...