Zahid Hamidi: SPRM Boleh Siasat Jika Benar Ada Bukti - Semasa | mStar

Zahid Hamidi: SPRM Boleh Siasat Jika Benar Ada Bukti

LUMUT: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sedia disiasat pada bila-bila masa berhubung dakwaan rancangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk membeli enam buah kapal peronda generasi kedua dengan kos RM6 bilion mengandungi elemen-elemen korupsi dan tidak betul.

Malah kata Zahid, beliau akan menjawab segala tuduhan mengenai perancangan membeli kapal-kapal perang itu dalam sesi parlimen akan datang.

Katanya, ahli Parlimen DAP, Tony Pua patut berani tampil ke hadapan dengan bukti-bukti yang nyata dan jelas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan agensi itu melakukan siasatan secara terbuka.

"Tolong berikan apa jua bukti yang anda ada kepada SPRM...malah saya bersedia untuk disiasat, pegawai-pegawai saya (TLDM) juga bersedia untuk disiasat jika benar adanya bukti yang tidak mengikut peraturan di dalam perolehan pembelian kapal-kapal tersebut," katanya selepas mengadakan lawatan ke Boustead Naval Dockyard, di sini, Isnin.

Pua dalam kenyataan medianya minggu lalu telah mempersoalkan langkah kerajaan membeli kapal-kapal tersebut daripada Boustead Naval pada kos yang 870 peratus melebihi daripada apa yang pernah dibayar oleh negara lain ke atas model kapal yang serupa atau memiliki kapasiti yang hampir sama.

Dalam hubungan ini, Zahid menegaskan, mereka boleh mempunyai perbezaan pandangan dan fahaman politik tetapi tidak perlu untuk sesiapa pun cuba mempolitikkan pertahanan dan keselamatan negara.

Tony Phua pula sebelum ini menjelaskan, tujuan beliau membangkitkan isu tersebut bukanlah bertujuan untuk meminta SPRM menyiasat proses perolehan tersebut tetapi sekadar ingin tahu justifikasi pembelian kapal-kapal berkenaan pada kos tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Kerdau Meninggal, PRK Ke-16 Menyusul

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia