suria

Penyedut Pasir Dikhuatiri Lemas

MACHANG: Seorang pekerja penyedut pasir sungai dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan ketika bekerja di Pengkalan Pasir Kampung China, dekat sini, petang Ahad.

Mangsa, Hasmuri Jamaluddin, 20, dipercayai tenggelam dibawa arus sungai itu selepas terjatuh ke dalam sungai semasa meniti palung pam pasir.

Pegawai Penjaga Bomba dan Penyelamat Machang, Mohd Fauzi Che Omar berkata operasi mencari Hasmuri diteruskan sehingga pukul 7 malam tadi dan bersambung pada hari ini.

"Pihak kami menerima panggilan daripada jiran mangsa pukul 4.15 petang setelah mangsa gagal dikesan," katanya.

Mohd Fauzi berkata 11 anggota unit skuba dari ibu pejabat Bomba dan Penyelamat Kelantan Kota Baharu, dengan kerjasama polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melancarkan gerakan mencari mangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain