Ekstremisme Punca Ketegangan Antara Agama - PM - Semasa | mStar

Ekstremisme Punca Ketegangan Antara Agama - PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, perbezaan fahaman agama dan kepercayaan bukanlah punca berlakunya ketegangan sama ada di negara lain mahupun Malaysia.

Sebaliknya menurut beliau, ketegangan yang berlaku di kebanyakan negara adalah disebabkan wujudnya golongan ekstremisme yang sengaja mengganggu ketenteraman awam dengan menyentuh isu-isu sensitif.

Jelasnya, Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama dan kepercayaan berjaya membuktikan bahawa kepelbagaian agama bukanlah penyebab utama kepada ketegangan dalam masyarakat.

"Malaysia telah menunjukkan bahawa perbezaan agama tidak semestinya membawa permasalahan dalam masyarakat.

"Tetapi yang menjadi kekangan, hambatan dan punca ketegangan ialah pemikiran yang ekstrim.

"Sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau apa sahaja agama, kalau kita ada fahaman yang ekstrim... ia akan membawa padah yang buruk kepada negara kita dan manusia," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di sini, Isnin.

Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia diilhamkan Raja Jordan, Raja Abdullah II dan Puteranya, Ghazi Muhammad yang menjadi utusan peribadi serta penasihat kepada Raja Abdullah II pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-65 di New York tahun lalu.

Idea yang diketengahkan itu kemudian menjadi resolusi yang diterima pakai PBB untuk disambut pada minggu pertama Februari setiap tahun di semua negara anggota.

Selain itu Perdana Menteri berkata, jika fahaman ekstim berkenaan tidak ditangani dengan sebaiknya, ia akan membawa kesan buruk kepada pembangunan negara dan manusia sejagat.

"Saya sedar ada juga ancaman kepada proses (mewujudkan negara aman) ini, salah satu ialah fahaman dan pemikiran yang berbentuk ekstrim.

"Pemikiran ekstrim inilah yang mendorong saya untuk mencadangkan pembentukan Pergerakan Kesederhanaan Sedunia pada PBB, tahun lalu.

"Sebab saya percaya, inilah saja jalan ke hadapan yang boleh menyelamatkan dunia bukan sahaja negara kita tetapi ketegangan di banyak tempat," katanya.

Dalam pada itu Najib berkata, nilai kebersamaan antara ajaran semua agama di Malaysia menjadi asas keharmonian di kalangan masyarakat.

"Walaupun kita ada perbezaan akidah, tetapi yang penting ialah kita ada nilai kebersamaan yang boleh membawa kepada pembentukan negara bangsa yang aman.

"Kerajaan mempunyai iltizam yang kuat, insyaAllah, kita akan terus berjaya kerana kita mempunyai perancangan yang teliti seperti Pelan Transformasi Ekonomi, Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang telah disusun dengan mantap dan kemas.

"Kekuatan terhadap perancangan itu mestilah berlandaskan kepada kestabilan dan keharmonian dalam negara. Inilah tonggak paling penting. Inilah juga harapan saya melalui perjumpaan ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain