suria

Banjir Di Johor Pulih, Semua Pusat Pemindahan Ditutup

JOHOR BAHARU: Banjir yang melanda Johor pulih sepenuhnya tengah hari ini apabila baki 96 mangsa dari dua pusat pemindahan di Segamat dan Batu Pahat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Portal rasmi negeri Johor di www.johordt.gov.my dalam laporannya berkata kedua-dua pusat pemindahan itu ditutup pukul 12 tengah hari tadi.

Dalam laporan pukul 8 pagi tadi, portal itu berkata terdapat 60 mangsa daripada 16 keluarga di pusat pemindahan di Segamat, dan 36 mangsa daripada lapan keluarga di Batu Pahat.

Banjir melanda negeri ini bermula hujung bulan lepas mengakibatkan lebih 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain