Prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock Bermula Isnin - Semasa | mStar

Prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock Bermula Isnin

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan kes kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor, akan memulakan sidang pertamanya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini, Isnin.

Sidang pertama suruhanjaya itu, yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, bakal menentukan bilangan saksi serta sejauh mana siasatan akan berlangsung.

Suruhanjaya Siasatan itu dijangka memanggil saksi pertama selepas menyatakan keputusan terhadap permohonanan keluarga Teoh yang diwakili peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo supaya mereka dibenarkan untuk menyoal saksi sepertimana inkues sebelum ini di Shah Alam.

Suruhanjaya itu akan juga membuat keputusan di atas pandangan Karpal bahawa sekiranya prosiding dimulakan ia akan menimbulkan 'konflik penemuan' berikutan Peguam Negara telah mengemukakan semakan kehakiman terhadap keputusan Koroner dalam inkues Teoh yang lalu.

Permohonan semakan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohtarudin Baki di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis ini.

Suruhanjaya itu turut dianggotai dua bekas hakim dan dua pakar forensik, dibantu oleh empat pegawai undang-undang.- BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain