suria

Najib Adakan Pertemuan Dengan 152 Ketua Bahagian Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Razak pada Sabtu mengadakan pertemuan dengan 152 ketua bahagian Umno bagi mendapatkan maklum balas di peringkat akar umbi serta merangka pelan penyelesaian isu-isu tertangguh sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengadakan pertemuan yang dimulakan sejak pukul 8.30 pagi, bermula dengan kumpulan pertama seramai 14 Ketua Umno Bahagian Kedah selama kira-kira sejam setengah.

Pertemuan secara bersemuka itu merupakan salah satu Pelan Transformasi Politik (PTP) yang dirancang Perdana Menteri.

Kesemua 152 Ketua Bahagian itu bukan di kalangan Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Pertemuan ini dijangka berlarutan sehingga pukul 3 petang ini.

Sebelum ini pertemuan seumpama itu dimulakan dengan kumpulan Ahli Parlimen BN dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sarawak bagi mendapatkan maklum balas yang sama.

Artikel Lain