suria

Mangsa Banjir Di Johor Semakin Berkurangan

JOHOR BHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri Johor semakin berkurangan apabila seramai 2,763 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada Jumaat.

Portal rasmi negeri Johor melaporkan pada pukul 6 petang, seramai 5,195 orang daripada 1,134 keluarga masih ditempatkan di 22 pusat pemindahan di daerah Muar, Batu Pahat, Ledang dan Segamat.

Laporan di www.johordt.my. itu menyebut 4,488 orang daripada 966 keluarga masih ditempatkan di Batu Pahat, Muar (372 orang daripada 90 keluarga), Segamat (285 orang daripada 69 keluarga) dan Ledang (50 orang daripada sembilan keluarga). - BERNAMA

Artikel Lain