suria

Kurikulum Sejarah: Fakta Sebenar Perlu Diutamakan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran perlu memperkukuhkan kurikulum Sejarah di sekolah dengan memastikan penulis buku sejarah sentiasa mengutamakan fakta sebenar khususnya berkaitan tamadun dan perjuangan orang Melayu.

Ini adalah antara tujuh perkara yang termaktub dalam resolusi yang bertemakan 'Menakhodai Perubahan Generasi Dalam Mengekalkan Kedaulatan Negara Bangsa' yang dicapai pada Simposium Dilema Melayu yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di sini, Sabtu.

Presiden Aspirasi Mohd Shahar Abdullah yang membaca resolusi itu pada majlis makan malam sempena simposium tersebut turut berkata ahli politik Melayu juga perlu menguasai sejarah negara dan informasi terkini bagi melaksanakan penyatuan Melayu atas kepentingan negara bangsa dan mengenepikan perbezaan ideologi.

"Resolusi ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk perhatian kerajaan," katanya. Kira-kira 2,000 orang menghadiri simposium itu termasuk pemimpin mahasiswa serta anggota kelab Umno luar negara.- BERNAMA

Artikel Lain