Kerajaan Alukan Penglibatan Swasta Dalam Pembangunan Monorel Di Putrajaya - Semasa | mStar

Kerajaan Alukan Penglibatan Swasta Dalam Pembangunan Monorel Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Pihak kerajaan mengalu-alukan penglibatan pihak swasta dalam pembangunan monorel di pusat pentadbiran kerajaan, Putrajaya.

Usaha untuk meneruskan semula infrastruktur rel ini ialah menerusi program NKEA Greater KL/Klang Valley di mana di bawah inisiatif "Vitalizing Putrajaya" pihak PEMANDU telah menggariskan suatu projek untuk meningkatkan kesinambungan Putrajaya dengan Kuala Lumpur, Cyberjaya dan persekitarannya menerusi pembangunan sistem pengangkutan berasaskan rel.

"Kita hanya perlu lihat priority kerajaan untuk melaksanakan projek ini saja ketika ini," kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Sabtu.

"Jika ada pihak swasta yang berminat bolehlah dicadangkan kepada pihak kerajaan.

"Sekiranya cadangan itu viable bagi kedua-dua pihak kerajaan dan swasta ia boleh dilaksanakan," katanya.

Raja Nong Chik berkata pembangunan monorel dilihat amat penting untuk meningkatkan lagi kerancakan Putrajaya.

"Ia juga dilihat kritikal untuk menangani isu pengangkutan dan trafik di Putrajaya ketika mana Putrajaya sudah bertambah penduduknya dan sudah menjadi bandar yang vibrant.

"Jika tidak kesesakan lalu lintas dan ketidakcukupan tempat letak kereta sebagaimana di bandar-bandar lain akan mula menjadi bertambah serius di Putrajaya," kata beliau.

Katanya jumlah penduduk semasa dianggarkan lebih kurang 70,000 orang dan sejumlah 20 kementerian dan 51 jabatan dan agensi kerajaan telahpun berpindah ke Putrajaya sejak dibangunkan pada 1996.

Raja Nong Chik juga berkata sudah ada dua tiga pihak swasta yang tampil menunjukkan minat terhadap pembangunan monorel.

"Namun ia baru diperingkat perbincangan dengan pihak kerajaan," katanya ketika ditemui media sebelum melancarkan Karnival "Wow! Putrajaya di sini.

Ditanya bilakah pembangunan monorel akan menjadi kenyataan, beliau berkata: "Tiada target spesifik tapi lagi cepat lagi bagus sebab infrastruktur sudah ada." - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain