suria

Ibu Kamaruddin Siaraf Meninggal

SEREMBAN:Puan Aishah Hamid, 86, ibu kepada Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf, meninggal dunia pada Sabtu akibat sakit tua.

Abang kepada Kamaruddin, Salehudin, 63, berkata ibunya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.15 pagi di rumah Allahyarham di Kampung Katub, Lenggeng, dekat sini.

Allahyarham meninggalkan suami Siaraf Naimin, 90, serta empat anak lelaki dan lima anak perempuan berumur antara 42 hingga 66 tahun.

Kamaruddin adalah anak keempat pasangan berkenaan.

Kamaruddin kini menghadiri mesyuarat telekomunikasi di Barcelona, Sepanyol. Beliau difahamkan berlepas ke sana malam tadi.

Salehudin berkata jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di surau Baitul Ibadah, Kampung Sungai Jai selepas Asar.

Sebelum itu, jenazah dibawa ke Masjid Mendom untuk disembahyangkan.

Turut menziarahi jenazah ialah Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya.-BERNAMA

Artikel Lain