suria

Wanita Maut Rempuh Treler Rosak

IPOH: Seorang penumpang terbunuh selepas kereta yang dinaiki merempuh belakang sebuah treler yang sedang berhenti kerana rosak di laluan kecemasan di Km 392.3 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tanjung Malim malam Khamis.

Ketua Polis Trafik Negeri Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 9 malam itu dikenali sebagai Ong Wee Nee, 24, yang berasal dari Pulau Pinang.

"Wanita yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Slim River," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata kejadian berlaku ketika kereta yang dipandu rakan Ong dalam perjalanan dari utara ke selatan itu gagal dikawal, lalu merempuh belakang sebuah treler yang sedang berhenti kerana rosak di laluan kecemasan di tepi lebuhraya.

Katanya pemandu treler itu terkejut apabila mendengar bunyi dentuman kuat dari arah belakang dan apabila apabila diperiksa dia mendapati trelernya dirempuh sebuah kereta.

Wan ABdullah berkata pemandu kereta jenis Honda City itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. - BERNAMA

Artikel Lain