Mahkamah Tolak Permohonan Rozali Gantung Pembayaran RM35 Juta - Semasa | mStar

Mahkamah Tolak Permohonan Rozali Gantung Pembayaran RM35 Juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan pengasas Puncak Niaga (M) Sdn Bhd Tan Sri Rozali Ismail dan dua yang lain untuk menggantung pelaksanaan pembayaran sejumlah RM35 juta terhadap seorang penasihat korporat berhubung ganti rugi pecah kontrak yang membabitkan satu projek berkaitan air, tujuh tahun lepas.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk N.Vijay Kumar yang mewakili plaintif dan Tan Sri Datuk Cecil Abraham yang mewakili pihak defendan di dalam kamarnya pada Khamis.

Pada 8 Disember 2010, Rosilah memerintahkan Rozali dan dua yang lain membayar ganti rugi pecah kontrak sejumlah RM35 juta itu.

Dalam writ saman yang difailkan pada 26 September 2005, Lim Pang Cheong @ George Lim selaku plaintif telah mengemukakan tuntutan itu terhadap Rozali, 54, yang juga pengerusi eksekutif syarikat WWE Holdings Berhad, selaku defendan pertama.

Dua yang lain adalah Mat Hairi Ismail, 49, yang juga adik kepada Rozali berjawatan pengarah urusan dan pemegang saham syarikat berkenaan dan WWE Holdings Berhad, selaku defendan ketiga.

Dalam tuntutannya itu, Lim mendakwa antara hujung bulan Februari atau Mac 2004, defendan pertama meminta plaintif untuk memperolehi suatu projek yang dikenali sebagai "Jelutong Sewage Treatment Plant and Central Sludge Facility" bagi ketiga-tiga defendan dan plaintif akan diberi upah sekiranya projek itu berjaya diperolehi.

Pada 14 Oktober 2004, defendan ketiga telah mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa syarikat itu telah berjaya memperolehi projek berkenaan dari Kerajaan Malaysia pada 23 Sept 2004 dan jumlah kontrak adalah RM468.3 juta.

Selaras dengan perjanjian itu, Lim mendakwa beliau berhak untuk diberi upah sebanyak RM23.4 juta. Bagaimanapun, beliau mendakwa pembayaran upah kepadanya ditunda dengan alasan penundaan bayaran dari kerajaan Malaysia terhadap projek itu dan juga defendan ketiga mempunyai masalah kewangan.

Berdasarkan tuntutannya itu, Lim memohon ganti rugi untuk pecah kontrak sejumlah RM23.4 juta, atau mana-mana jumlah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, faedah, kos dan relif-relif lain yang dianggap sesuai.

Ketiga-tiga defendan, dalam pembelaannya, mendakwa mereka tidak pernah membuat perjanjian mengenai projek itu dengan Lim. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL