suria

Isteri Perdana Menteri Terima Kunjungan Hormat Mary Robinson

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerima kunjungan hormat bekas Presiden Ireland, Mary Robinson di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, di sini, Jumaat.

Ketibaan Robinson bersama suaminya Nicholas Robinson pada jam 5.20 petang disambut Rosmah bersama wakil agensi-agensi berkaitan alam sekitar.

Dalam pertemuan sejam itu, mereka berkongsi pandangan membincangkan isu alam sekitar terutamanya isu pemanasan global yang semakin meruncing dan cara untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak terhadap isu tersebut.

Robinson berada di negara ini telah menyampaikan syarahan global bertajuk "Sharing the Unequal Burdens of Global Warming-Climate Justice and Our Global Responsibility," di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC malam Khamis.

Ia merupakan siri syarahan kesembilan anjuran Khazanah Nasional Berhad, Khazanah sejal mula diadakan pada 2007.

Mary menyertai tokoh lain sebagai penyampai Syarahan Global Khazanah antaranya Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh, bekas Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB), Kofi Annan dan Pengasas Bank Grameen Bangladesh, Dr Muhammad Yunus. - BERNAMA

Artikel Lain