Dua Lelaki Ditahan Berhubung Kes Bunuh Warga Emas - Semasa | mStar

Dua Lelaki Ditahan Berhubung Kes Bunuh Warga Emas

IPOH: Polis menahan dua lelaki berusia 20 dan 27 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Pertama di sini pagi Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata mereka ditahan di sebuah rumah di Taman Rishah di sini pada pukul 3 petang pada hari yang sama.

Mereka kini ditahan reman selama seminggu.

Beliau berkata mangsa didapati mati ekoran kecederaan di bahagian kepala yang dipercayai akibat tetakan benda keras.

J. Sarojini, 73, ditemui terbaring dalam keadaan kepalanya berlumuran darah oleh anak lelakinya yang datang untuk menghantar makanan kepadanya kira-kira 11 pagi.

Mohd Dzuraidi berkata mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang individu dan kemungkinan telah dipukul dengan objek keras di kepalanya.

Mangsa tinggal berseorangan ketika kejadian kerana kelima-lima anaknya telah keluar bekerja sehinggalah salah seorang daripada mereka kembali bagi menghantar makanan tengah hari untuk ibu mereka.

"Tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian sementara wang tunai Sarojini bernilai RM4,000 selain barang kemas dan telefon bimbitnya didapati hilang," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain