suria

Peniaga Kantin Sekolah Ke Tali Gantung

GEORGE TOWN: Seorang peniaga kantin sekolah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Rabu selepas didapati bersalah mengedar kanabis seberat 4.4 kilogram dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurmala Salim membuat keputusan itu terhadap Shahrizal Abdul Ghani, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Nurmala dalam penghakiman ringkasnya berkata pembelaan hanya bersifat penafian semata-mata.

Dalam kes itu pihak pendakwaan memanggil 10 saksi manakala hanya tertuduh memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Shahrizal didakwa melakukan kesalahan itu pada 14 Mac 2009 di Restoran Nasi Kandar Pelita, Juru Autocity, Seberang Perai Tengah pada pukul 10 malam.

Pendawaan dilakukan oleh Muna Mohamed Jaafar manakala tertuduh diwakili R.S.N Rayer. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain