suria

Mangsa Banjir Melaka Turun Kepada 90 Orang

MELAKA: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Melaka telah menurun kepada 90 orang apabila lebih ramai pulang ke kediaman masing-masing berikutan air banjir semakin surut di kawasan terbabit.

Jurucakap operasi pusat pemindahan berkata, 60 mangsa masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dan 30 lagi di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, kedua-duanya di daerah Jasin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain