Dua Lelaki Pecah Amanah Wang Umrah Dihadap Ke Mahkamah

KUALA TERENGGANU: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap sembilan pertuduhan pecah amanah dengan menggelapkan wang tunai dan cek untuk mengerjakan umrah berjumlah RM192,500 dua tahun lepas.

Tertuduh pertama, Johari Kamarudin, 35, dari Kampung Kedai Lalat, Sering, Kota Baharu, Kelantan menghadapi satu pertuduhan pecah amanah wang sebanyak RM5,500 di Maybank Cawangan Jerteh, Besut pada 1 Jun 2009.

Rakannya, Mustafar Ismail, 56 didakwa dengan lapan pertuduhan pecah amanah yang dilakukan antara 2 Februari hingga 25 Mac 2009.

Untuk enam pertuduhan pertama, Mustafar dituduh pecah amanah wang tunai berjumlah RM16,000 pada 2 Feb, RM14,500 (15 Februari), RM37,500 (3 Mac), RM50,000 (23 Mac) dan RM20,000(25 Mac) yang kesemuanya dilakukan di sebuah rumah di Taman Che Yah, Kampung Amir, Kampung Raja, Besut.

Bagi dua pertuduhan lagi, Mustafar didakwa melakukan kesalahan pecah amanah di Bank CIMB Cawangan Jerteh pada 19 Mei 2009 pukul 3.15 petang melibatkan cek bernilai RM30,000 dan tunai berjumlah RM7,000.

Kedua-dua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Adila Ab Latif dengan pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Insp Faisal Abdullah.

Majistret kemudian membenarkan Johari diikat jamin RM6,000 manakala Mustafar sebanyak RM55,000 sementara menanti 30 Mac bagi sebutan semula kes itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Yayasan Proton Sumbang Biasiswa RM1 Juta

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain