suria

BSN Anjur Siri Kedua Cabaran BSN SVC Mulai Mac

Joannita bersama pemenang siri pertama BSN SCV dari Universiti Malaysia Terengganu. Foto THE STAR Oleh SAMUEL ONG
Joannita bersama pemenang siri pertama BSN SCV dari Universiti Malaysia Terengganu. Foto THE STAR Oleh SAMUEL ONG
Joannita bersama pemenang siri pertama BSN SCV dari Universiti Malaysia Terengganu. Foto THE STAR Oleh SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Siri kedua cabaran Inter Varsity Social Venture Challenge Bank Simpanan Nasional (BSN SVC) akan memulakan siri keduanya bermula Mac tahun ini dengan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM150,000.

Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat BSN Joannita Zaleha Yusof berkata, hadiah wang tunai itu akan diperuntukkan kepada lapan pasukan terakhir yang telpilih ke peringkat akhir memerlukan peserta daripada kalangan penuntut universiti tempatan mengemukakan cadangan program perniagaan yang luar biasa.

Joannita berkata, cadangan program itu akan dinilai oleh beberapa panel dan setiap cadangan perniagaan akan dinilai mengikut kreativiti, perancangan, tambah nilai dan manfaat yang mampu diberikan kepada orang ramai.

"Memandangkan program ini mendapat sambutan yang baik pada siri yang pertama kita telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh pertandingan pada tahun ini kepada enam bulan berbanding sebelum ini hanya tiga bulan," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Beliau berkata pada siri pertama pertandingan itu tahun lalu, BSN telah menerima hampir 40 penyertaan daripada seluruh negara dan mensasarkan 80 penyertaan pada tahun ini.

"Atas dasar itu juga kita melanjutkan tempoh pertandingan bagi bertujuan menggalakkan lebih ramai penuntut menyertainya," katanya.

Pada sidang media sama, turut hadir adalah pemenang pertandingan itu pada tahun lalu daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menghantar cadangan meningkatkan pendapatan hasil daripada gula nira.

Antara perniagaan yang cuba diwujudkan adalah melalui pembangunan produk seperti inti sirap nira dalam mufin, jem dan puding.

Joannita berkata, pihaknya memilih kumpulan tersebut sebagai pemenang adalah kerana kesungguhan dan kredibiliti mereka dalam menguruskan pelan perniagaan dan tindakan yang diambil bagi menjayakan projek mereka.

"Kesemua peserta pada siri pertama sangat berbakat dan agak sukar untuk kami memilih pemenang tetapi kualiti yang ada pada kumpulan daripada UMT benar-benar mengagumkan kami," katanya.

Sementara itu, pada sidang media sama, Joannita turut mengumumkan penajaan dua calon daripada pertandingan tahun lalu untuk mengambil bahagian dalam Program Kepimpinan Belia di China dan Hong Kong pada 14 hingga 16 Februari ini.

Calon yang terpilih adalah Hafreez Aizat dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Sitinurulzulhijah Kamarudin dari UMT yang juga salah seorang ahli kumpulan pemenang pertandingan tahun lalu.

Dua calon tersebut ketika ditemui menzahirkan rasa syukur dengan pemilihan itu dan berjanji akan melakukan yang terbaik semasa berada di luar negara bagi menimba ilmu bagi memantapkan kebolehan dalam perancangan perniagaan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain