suria

Lelaki Maut Kereta Langgar Tembok Plaza Tol

BUTTERWORTH: Seorang lelaki terbunuh selepas kereta yang dipandunya merempuh tembok di laluan "smart tag" Plaza Tol Sungai Dua Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini malam Selasa.

Pegawai Turus Trafik DSP Abdul Rahim Din berkata Ong Chim Sam, 38, dari Bandar Perai Jaya di sini, mati di tempat kejadian akibat dalam nahas pada 11.15 malam Selasa.

"Mangsa dipercayai hilang kawalan serta melanggar besi penghadang jalan sebelum merempuh tembok tol," katanya.

Beliau berkata Ong tersepit di tempat duduk pemandu dan terpaksa dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat. - BERNAMA

Artikel Lain