suria

59 Rakyat Asing Ditahan Dalam Ops Sapu Di Kedah

ALOR SETAR: Lima puluh sembilan rakyat asing ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah di tapak pembinaan Taman Gemilang, Jitra, dekat sini, Rabu.

Mereka yang ditahan atas pelbagai kesalahan itu terdiri daripada masing-masing 24 orang rakyat Indonesia dan Myanmar serta 11 Bangladesh.

Kesemua yang ditahan dalam operasi dua jam mulai pukul 11 pagi itu berumur antara 20 dan 50 tahun dengan enam daripadanya adalah wanita, kata Timbalan Pengarah Imigresen Kedah Hasreena Hashim.

"Ketika serbuan, lima pendatang yang cuba melarikan diri ke Sungai Jitra, berhampiran tempat pembinaan itu tetapi dapat ditangkap semula. Kesemua mereka akan dihantar ke Depoh Belantik, Sik," katanya.

Beliau berkata antara kesalahan yang dikesan ialah memasuki negara tanpa permit yang sah, tinggal lebih masa serta melanggar syarat pas kemasukan ke negara ini. - BERNAMA

Artikel Lain