21 Pelajar Ponteng Ditahan Dalam Rumah Teres - Semasa | mStar

21 Pelajar Ponteng Ditahan Dalam Rumah Teres

KANGAR: Dua puluh satu pelajar termasuk dua pelajar perempuan berusia 14 yang dipercayai ponteng sekolah ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di sebuah taman perumahan dekat sini, Rabu.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 17 pelajar sebuah sekolah menengah dan empat penuntut kolej berhampiran kawasan itu.

Serbuan pada pukul 12 tengah hari itu membabitkan lima anggota polis, pengetua dan dua guru disiplin sekolah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata ketika serbuan dibuat, kesemua pelajar itu sedang melepak dan ada yang menghisap rokok dalam rumah berkenaan yang berkunci dari dalam.

"Polis menunggu hampir lima minit untuk mereka membuka pintu dan ada di kalangan mereka berpakaian sekolah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, di sini, hari ini.

Beliau berkata rumah itu disewa oleh seorang daripada penuntut kolej dan premis itu sering dijadikan sebagai 'port' untuk mereka yang ponteng sekolah.

Kesemua 21 pelajar yang ditahan itu berusia 14 hingga 20 tahun dan mereka akan menjalani ujian saringan air kencing dan proses dokumentasi, katanya.

Ismail berkata pihak sekolah akan memanggil ibu bapa pelajar terbabit untuk diberi kaunseling.

Beliau berkata serbuan terhadap rumah teres itu dibuat berikutan aduan penduduk di taman perumahan itu yang mendakwa pelajar terbabit sering membuat bising di rumah berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

200 Bekas Ahli PKR Sertai Gerakan

Artikel Berikut

30 Anggota PAS Sertai Umno Di Pasir Puteh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain