Tempat Letak Kereta Berbayar Mulai Isnin Di Putrajaya Sentral Dan Park & Ride - Semasa | mStar

Tempat Letak Kereta Berbayar Mulai Isnin Di Putrajaya Sentral Dan Park & Ride

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa pada Isnin pengguna tempat letak kereta di kawasan terbuka sekitar Putrajaya Sentral dan yang berbumbung di Park & Ride, Presint 7, dikenakan bayaran untuk sekali masuk.

Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam Perbadanan Putrajaya Zaharah Salamat berkata caj RM2 yang dikenakan di Park & Ride yang beroperasi 24 jam sehari itu untuk tempoh 6 pagi hingga 1 pagi, manakala kenderaan yang diletak melebihi tempoh itu dikenakan caj tambahan RM5.

Tempoh maksimum kenderaan dibenarkan diletakkan di Park & Ride ialah 14 hari dan pemilik diberi keistimewaan menaiki bas Nadi Putra percuma untuk ke mana-mana destinasi mengikut tempoh penggunaan tempat letak kereta, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Caj RM1 setiap jam atau sebahagian daripadanya pula dikenakan kepada pengguna yang meletakkan kenderaan di Putrajaya Sentral dari 8 pagi hingga 6 petang.

Bagaimanapun pemilik kenderaan ini tidak akan mendapat keistimewaan untuk menaiki bas percuma sebagaimana pengguna Park & Ride.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Sikap Negatif Pemandu Punca Utama Kematian

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel