suria

93 Pengguna Motosikal Maut Dalam Ops Sikap Ke-23

KUALA LUMPUR: Seramai 11 lagi pengguna motosikal maut dalam kemalangan jalan pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan kematian golongan tersebut dalam Ops Sikap Ke-23 yang dilancarkan pada 27 Jan lalu seramai 93 orang.

Menurut Polis Trafik Bukit Aman, jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 147 kematian di seluruh negara yang dicatat dalam operasi itu.

Daripada 1,099 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatat kenaikan iaitu kepada 353 kes daripada 276 kes sebelum ini, diikuti jalan persekutuan (352), lebuh raya (189), jalan negeri (153) dan jalan-jalan lain (52). Dalam operasi itu, sebanyak 9,718 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan. Ops Sikap ke-23 berakhir Khamis ini. - BERNAMA

Artikel Lain