suria

Ops Sikap: 13 Daripada 15 Libatkan Pengguna Motosikal

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 daripada 15 kematian pada hari kesembilan Ops Sikap ke-23 semalam melibatkan pengguna motosikal manakala dua mangsa korban jalan raya lain ialah pengguna kereta.

Menurut statistik yang dikeluarkan Cawangan Trafik Bukit Aman,Sabtu, statistik terbaru itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini meningkat kepada 118 orang sejak operasi itu bermula 27 Jan lepas.

Daripada 856 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatat jumlah tertinggi iaitu 276 kes, diikuti jalan persekutuan (252), jalan negeri (189), lebuh raya (86) dan jalan-jalan lain (53 kes).

Dalam operasi semalam, sebanyak 10,119 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-23 yang berakhir Khamis depan, bertujuan mendidik pengguna memandu secara berhemah bagi mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya sempena sambutan perayaan.-BERNAMA

Artikel Lain