Mayat Warga Emas Ditemui Terapung Di Pantai Port Dickson - Semasa | mStar

Mayat Warga Emas Ditemui Terapung Di Pantai Port Dickson

PORT DICKSON: Mayat seorang wanita warga emas ditemui terapung di pantai Batu 1, Jalan Pantai dekat sini pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baljeet Singh berkata mayat R. Nagammah, 69, ditemui pada kira-kira pukul 7.40 pagi oleh orang ramai yang kebetulan pergi ke tempat kejadian.

"Mayat mangsa yang terapung di dalam air itu dibawa naik ke darat dengan bantuan sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang turut dipanggil ke tempat kejadian," katanya di sini.

Katanya siasatan awal mendapati, polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada badan wanita itu.

Katanya mayat wanita yang tinggal di Taman Pantai Emas di sini iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian, dicam oleh ahli keluarganya.

Baljeet berkata polis juga masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui bagaimana warga emas itu boleh pergi ke pantai sebelum dia ditemui lemas.

"Setakat ini, pihak polis mengklasifikasikan kes kematian wanita berkenaan sebagai mati mengejut," katanya. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mohd Noor Mahu Debat Hanya Dengan Nik Aziz

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain