suria

TUDM Masih Tunggu Kelulusan Arab Saudi Untuk Masuk Ke Jeddah

ABU DHABI: Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)yang kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, masih menunggu kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi untuk masuk ke Jeddah, kata Timbalan Komander misi menyelamat Kolonel Dzulkarnain Ahmad.

Pasukan itu yang berlepas dengan tiga buah pesawat C130 Hercules dari Pangkalan TUDM Subang pada pukul 9.30 malam Rabu, tiba di Abu Dhabi kira-kira pukul 12 tengah hari, Khamis, waktu Malaysia.

Misi itu disertai 180 orang terdiri daripada 150 anggota tentera dan selebihnya ialah wakil dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), pegawai Wisma Putra, media dan Lembaga Urusan Tabung Haji.

Misi berkenaan turut membawa bekalan makanan dan akan membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah, Mesir untuk dibawa ke Jeddah.

Ia dilancarkan berikutan pergolakan politik di Mesir yang menimbulkan keadaan huru-hara kerana berlakunya demonstrasi jalanan selain rusuhan oleh rakyat negara itu.

Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Sarawak Jumpa PM Ahad Ini

Artikel Lain