Pelajar Malaysia Diminta Jangan Sertai Demonstrasi Di Mesir: Saifuddin - Semasa | mStar

Pelajar Malaysia Diminta Jangan Sertai Demonstrasi Di Mesir: Saifuddin

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia yang berada di Mesir ketika ini diminta jangan menyertai sebarang aktiviti tunjuk perasaan anti Presiden Hosni Mubarak kerana ia hanya mengundang bahaya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata apa jua pandangan terhadap pemerintahan Mubarak perlu diketepikan dahulu kerana keutamaan sekarang adalah untuk meninggalkan Mesir yang kini sedang bergolak.

"Saya tahu mereka ada pandangan tertentu tapi keadaan sekarang amat tegang, jangan pertaruhkan nyawa untuk menyertai rusuhan sebegitu kerana bimbang nyawa mereka terancam," katanya, Jumaat.

Beliau berkata pelajar yang berada di sana ketika ini perlu mengikut arahan pemindahan dan bergerak keluar mengikut perancangan agar semua rakyat dan pelajar Malaysia boleh dipindahkan dengan selamat.

"Yang penting keluar dari Mesir dahulu," katanya.

Saifuddin mengulas tindakan beberapa pelajar di Mesir yang berhasrat menyertai kumpulan anti Mubarak yang desakan supaya presiden negara itu meletak jawatan di Dataran Tahrir, Kaherah.

Malaysia telah melancarkan misi "Ops Piramid" untuk memindahkan lebih 11,000 rakyat Malaysia di negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail adalah antara yang berada di Mesir bagi menguruskan pemindahan rakyat Malaysia.

Seramai 760 rakyat Malaysia telah berjaya dibawa keluar sejak semalam dan kini ditempatkan di Pusat Transit Tabung Haji Madinatul Hujaj di Jeddah, Arab Saudi.

Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar utama Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Mubarak meletakkan jawatan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain