suria

Dua Maut Dalam Kemalangan Berasingan Di Ibu Kota Awal Pagi Tadi

KUALA LUMPUR: Dua lelaki maut dalam dua kemalangan membabitkan penunggang motosikal di Jalan Mahameru dan Jalan Lingkaran Tengah 1 (MRR1), di sini pada Jumaat.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata kedua-dua kemalangan itu berlaku dalam tempoh 15 minit dan kedua-dua mereka maut di tempat kejadian.

"Kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 5 pagi apabila mangsa Muhammad Adhwa' Jamali, 23, melanggar belakang sebuah bas yang ingin membelok ke susur Jalan Syed Putra di Jalan Mahameru," katanya menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, di sini.

Abdullah berkata punca kemalangan masih disiasat.

Kejadian kedua pula katanya, berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi di MRR1 menghala ke Cheras, apabila P. Steve Jeremiah, 26, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Sarawak Jumpa PM Ahad Ini

Artikel Lain