suria

Remaja Maut Dalam Kemalangan Di Tapah

IPOH: Seorang remaja lelaki terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Km 60 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah malam Isnin.

Ketua Polis Trafik Negeri Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata Fong Sou Win, 16 maut di tempat kejadian akibat kecedaraan parah di kepala.

Dalam kejadian pukul 10.40 malam itu, Fong dalam perjalanan dari pekan Tapah ke rumahnya di Rancangan Perumahan Awam Bidor, Sungkai apabila motosikalnya terlanggar sebuah kereta yang dipercayai membelok secara tiba-tiba, katanya.

Wan Abdullah berkata pemandu kereta terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah membuat laporan polis dan punca sebenar kemalangan sedang disiasat. - BERNAMA

Artikel Lain