suria

Lebih 1,300 Mangsa Banjir N.Sembilan Masih Di Pusat Pemindahan

SEREMBAN: Seramai 1,380 mangsa banjir daripada 345 keluarga masih berada di 12 pusat pemindahan di dua daerah di Negeri Sembilan sehingga pukul 10 pagi Isnin.

Jurucakap bilik gerakan banjir berkata daerah Tampin merekodkan 1,144 mangsa daripada 290 keluarga, manakala di Jempol pula terdapat 236 orang yang masih berada di pusat pemindahan.

Bagaimanapun katanya, sebahagian daripada mangsa banjir itu dijangka dibenarkan pulang menjelang petang ini berikutan keadaan air yang semakin surut serta cuaca cerah. - BERNAMA

Artikel Lain