suria

Jumlah Mangsa Banjir Di Melaka Meningkat

MELAKA: Jumlah mangsa banjir di 19 pusat pemindahan membabitkan tiga daerah di Melaka kini meningkat kepada 4,555 orang berbanding 4,110 orang malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata daerah Melaka Tengah mencatatkan mangsa teramai dengan 2,264 orang, iaitu meningkat berbanding 2,114 orang pada pukul 7 malam tadi.

Di Alor Gajah, jumlah mangsa yang dipindahkan juga meningkat kepada 1,748 orang berbanding 1,568 orang, katanya ketika dihubungi, di sini, Rabu.

Dalam pada itu katanya, keadaan banjir di Jasin kini bertambah baik dan jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan ialah seramai 543 orang.

Beliau berkata keadaan paras air di sungai-sungai utama juga dilapor semakin menyusut berikutan cuaca baik tanpa hujan di seluruh negeri.- BERNAMA

Artikel Lain