suria

Proses Pengundian DUN Tenang Ditutup

LABIS: Proses pengundian pilihan raya kecil bagi kerusi N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selesai pada pukul 5 petang tadi.

Setelah pusat pengundian ditutup, sebanyak 71.8 peratus daripada 14,753 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Kerusi DUN Tenang menjadi rebutan antara calon Barisan Nasional, Mohd Azhar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman.

Ia kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.

Proses pengundian di sembilan pusat mengundi bermula pada 8 puku pagi tadi.

Sehingga 4.30 petang tadi, seramai 8,073 pengundi atau 69.88 peratus daripada keseluruhan 14,735 pemilih berdaftar di Tenang telah melaksanakan tanggungjawab mereka pada Ahad.

Penjumlahan undi dijalankan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis dan keputusan dijangka diumumkan oleh SPR seawal pukul 8 malam.

Artikel Lain