Najib Umum Tiada Kenaikan Tol Lebuhraya KL - Karak - Semasa | mStar

Najib Umum Tiada Kenaikan Tol Lebuhraya KL - Karak

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa tiada kenaikan kadar tol untuk lima tahun akan datang untuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.

Beliau juga mengumumkan penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught yang dijangka berkuatkuasa Mei ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Najib pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya di sini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Pemuda Umno Waspada Pengundi Luar

Artikel Berkaitan

Artikel Lain