Kerajaan Pastikan Wilayah Persekutuan Terus Maju, Makmur, Kata Muhyiddin - Semasa | mStar

Kerajaan Pastikan Wilayah Persekutuan Terus Maju, Makmur, Kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus mengukuhkan tekad dan daya usaha bagi meningkatkan kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan negara dan rakyat termasuk di Wilayah Persekutuan.

Berucap ketika melancarkan Hari Wilayah Persekutuan 2011 di Dataran Merdeka di sini, Sabtu, Muhyiddin berkata suasana dan pencapaian di mana keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi oleh seluruh rakyat termasuk warga Wilayah Persekutuan sejak penubuhannya pada 1974 harus dikekalkan dan diperkukuhkan.

Beliau berkata adalah menjadi keazaman kerajaan dan rakyat Malaysia untuk menzahirkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu, maju serta dihormati di peringkat antarabangsa di mana pencapaian Wilayah Persekutuan adalah petunjuk kepada hasrat tersebut.

"Pencapaian dan suasana ini perlu dikekal dan diperkukuhkan. Oleh itu, perkara-perkara atau isu-isu yang boleh menjejas dan merosakkan keadaan ini perlu dihindari," katanya.

Menyedari Wilayah Persekutuan perlu menjadi model atau contoh terbaik pembangunan Malaysia, Muhyiddin berkata kerajaan persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan terus berusaha gigih merancang dan melaksanakan pelbagai program yang menumpukan kepada pembangunan bagi manfaat rakyat.

Katanya kerajaan juga akan memberikan keutamaan kepada "outcome driven" kepada kesejahteraan dan kepentingan rakyat serta memberi tumpuan kepada projek permulaan (EPP) Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berindeks tinggi di bawah Greater KL/Klang Valley.

Pada masa sama, katanya, pembasmian kemiskinan bandar, keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pembangunan Kampung Baru, pembangunan sektor penjaja dan peniaga pembangunan prasarana dan pemuliharaan sungai juga inisiatif yang diberikan tumpuan pada tahun ini.

Muhyiddin berkata untuk mencapai pencapaian itu, penglibatan dan penyertaan aktif semua peringkat rakyat adalah intipati penting yang mampu melonjak pencapaian kemajuan dan membantu bagi menjayakan usaha-usaha pihak kerajaan ke arah membina kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan.

Beliau juga berkata melalui penglibatan dan penyertaan semua pihak ini akan dapat menghindari pelbagai gejala negatif yang boleh menghalang dan membantut usaha-usaha pembangunan kerajaan di Wilayah Persekutuan.

"Di sinilah tidak kira sama ada kita tinggal di Putrajaya, Labuan mahupun Kuala Lumpur dengan komposisi latar belakang, agama, kaum dan status sosial serta ekonomi yang berbeza, kita berjaya mempamerkan Gagasan 1Malaysia yang sebenarnya," katanya.

Bagi meluas dan mengaktifkan penyertaan rakyat untuk mencapai matlamat kesejahteraan bersama, katanya, kerajaan bersetuju untuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menubuhkan Perwakilan Kesejahteraan Penduduk yang dijangka benar-benar memberi kebaikan dan faedah kepada rakyat keseluruhannya.

Katanya beliau percaya adunan sikap dan nilai serta usaha yang bersungguh-sungguh di kalangan seluruh warga Wilayah Persekutuan dapat menjayakan hasrat dan matlamat kerajaan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah yang terkehadapan dalam menikmati kemajuan pembangunan dan kualiti hidup yang tinggi di Malaysia.

Pada majlis itu, Muhyiddin melancarkan lagu rasmi `Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera' yang baru.

Beliau juga mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina di negara ini dan berpesan supaya menjaga keselamatan diri dan keluarga ketika memandu di jalan raya sepanjang sambutan perayaan itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, jemaah menteri dan timbalan menteri, duta-duta dan pesuruhjaya tinggi asing. - BERNAMA

- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

KPT Cadang Perluas Persatuan Mahasiswa OKU

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain