suria

Keadaan Penuntut Sentiasa Dipantau Menerusi SMS

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi kini hanya dapat berhubung dengan pegawai dan penuntut Malaysia di Mesir menerusi SMS berikutan masalah telekomunikasi di negara itu.

Pemangku Ketua Pengarah Institusi Pengajian Tinggi Awam, Jabatan Pengajian Tinggi Prof Dr Rujhan Mustafa berkata setakat ini, semua penuntut Malaysia dilapor berada dalam keadaan selamat.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa penuntut Malaysia di negara itu tidak perlu bimbang kerana jabatan sentiasa memantau perkembangan mereka.

"Kali terakhir saya menerima SMS daripada penuntut dan pegawai Jabatan Pengajian Tinggi di Mesir ialah pada pukul 4 petang tadi," katanya kepada Bernama malam Sabtu.

Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilapor di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.- BERNAMA

Artikel Lain