15,000 Hadir Sambutan Hari Wilayah Ke-37 - Semasa | mStar

15,000 Hadir Sambutan Hari Wilayah Ke-37

KUALA LUMPUR: Kira-kira 15,000 orang membanjiri Dataran Merdeka di sini, Sabtu bagi menyaksikan perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011.

Pada majlis itu yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak 86 kontinjen dengan 6,450 anggota dari jabatan kerajaan, bank, sekolah, institusi pengajian tinggi dan korporat mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan itu.

Menurut kenyataan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar wakil gedung perniagaan, badan sukarela dan rekreasi, wakil persatuan penduduk serta artis juga menyertai acara itu.

Sambutan tahunan itu, yang bertema '1Wilayah Persekutuan Menjuarai Transformasi' bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, turut diserikan dengan perarakan kereta antik dan motosikal berkuasa tinggi.

Tahun ini Kuala Lumpur berusia 37 tahun manakala Labuan berusia 27 tahun dan Putrajaya berusia 10 tahun.

Wilayah Persekutuan mampu menjuarai dan muncul di tangga teratas sebagai penanda aras Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Sebanyak 40 pengisian pelbagai program kemasyarakatan akan dilaksanakan tahun ini sebagai inisiatif untuk menceriakan sambutan dan untuk menggerakkan penyertaan aktif komuniti setempat bagi pemupukan semangat warga kota. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

17 Kematian Pada Hari Kedua Ops Sikap Ke-23

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp