Mesyuarat Pertama Suruhanjaya Siasatan Teoh Beng Hock, Sabtu - Semasa | mStar

Mesyuarat Pertama Suruhanjaya Siasatan Teoh Beng Hock, Sabtu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kematian pembantu khas seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock, akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Sabtu.

Setiausaha Suruhanjaya Siasatan Datuk Saripuddin Kasim berkata mesyuarat itu akan diadakan pada pukul 11.30 pagi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta.

"Mesyuarat kedua pula dijadualkan pada 9 Februari 2001 manakala siasatan dijadualkan pada 14 Februari 2011," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan suruhanjaya itu, yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Chen Yuen, bagi menyiasat kematian Teoh yang ditemui mati selepas beliau disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua tahun lepas.

Beng Hock, 30, setiausaha politik anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu antara lain akan menyiasat sama ada terdapat sebarang ketidakwajaran dalam perjalanan siasatan SPRM terhadap Teoh berhubung dengan Perintah-perintah Tetap dan amalannya selain mengesyorkan sebarang tindakan yang sesuai, jika perlu.

Suruhanjaya itu dianggotai dua bekas hakim dan dua pakar forensik, dibantu oleh empat pegawai undang-undang.

Mereka ialah bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan manakala pakar forensik terdiri daripada Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain