suria

Tune Hotels Lancar Hotel Ke-12 Di Kota Bharu

PETALING JAYA: Kumpulan Tune Hotels telah melengkapkan pembukaan hotel dibawah jenama itu di seluruh negara apabila melancarkan hotel di Kota Bharu pada 23 Januari lalu.

Ketua Pegawai ekskutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester berkata, pembukaan hotel itu kini telah mengukuhkan jenama itu dengan 12 cawangan Tune Hotels di seluruh negara.

Menurut Mark, pembukaan hotel di Kota Bharu juga telah melengkapkan pembukaan hotel itu di Utara, Selatan, Timur dan Barat di seluruh Malaysia.

"Pembukaan Tune hotels di sini juga adalah sebagai pengiktirafan bahawa Kota Bharu adalah salah sebuah destinasi penting yang sering mendapat perhatian pengunjung dan pelancong dari luar negara," katanya pada majlis perasmian hotel itu pada Ahad.

Pembukaan hotel itu selepas pembukaan Tune Hotels Bintulu di Sarawak yang dibuka kepada pengunjung pada 3 Januari lalu.

Terletak di pusat membeli belah KB yang terletak di tengah bandar Kota Bharu, Tune Hotels menyediakan 173 buah bilik kepada pengunjung dan pelancong dan memudahkan mereka untuk berjalan-jalan di sekitar bandar yang terkenal dengan adat dan budaya itu.

Dalam pada itu, Mark berkata pembukaan hotel itu turut mendapat kerjasama daripada syarikat hartanah Kumpulan HLK dalam merialisasikan pembinaannya.

Tune Hotels Bintulu juga menawarkan tawaran khas kepada semua pelanggan dengan memperkenalkan pakej selesa yang menawarkan potongan sehingga 20 peratus 12 jam penggunaan penghawa dingin, tuala dan barangan kelengkapan bilik air dengan hanya RM15.90 melalui tempahan dalam talian.

Selain itu, pihak hotel turut menawarkan perkidmatan secara berasingan untuk servis biliknya dengan harga istimewa dari RM13.62 untuk penghawa dingin selama 12 jam dan RM5.30 untuk tuala dan kelengkapan bilik air.

Untuk maklumat dan promosi terkini, layari www.tunehotels.com.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain