suria

Ibu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Ramlah Uda, 70, ibu kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meninggal dunia di kediaman anaknya di Taman Pelangi, Rawang, dekat sini, Selasa.

Shahidah Abdullah, 38, yang merupakan anak ketiganya, berkata ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang akibat komplikasi jantung.

Katanya, ibunya dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam pada 24 Ogos lepas sebelum dipindah ke Institut Jantung Negara pada 1 Sept lepas untuk menjalani tiga pembedahan.

"Hari ini doktor memberitahu ibu sudah berada dalam keadaan tenat dan saya meminta pihak hospital untuk membawanya pulang ke kediaman saya pada pukul 1 petang dan ibu disahkan meninggal dunia pada 6.30 petang tadi," katanya ketika dihubungi.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan di mana Saifuddin merupakan anak sulung manakala suaminya Abdullah Long telah meninggal dunia pada 13 Mac tahun lepas.

Jenazah Ramlah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Garing, Rawang, pada pukul 10.30 pagi, Rabu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain