suria

Cucu Antara Dua Remaja Dituduh Bunuh Warga Emas

BAHAU: Dua remaja berusia 17 tahun, termasuk cucu mangsa, dihadapkan ke Mahkamah Majisteret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang warga emas dalam satu kejadian samun di Jempol pada 13 Januari lepas.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Mereka juga turut didakwa mengikut Seksyen 34, kanun yang sama kerana mencederakan isteri mangsa dengan menggunakan pisau pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada kedua-dua tertuduh.

Majistret Elyana Razali menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 28 Februari ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain