suria

SPR Mesyuarat Jumaat Ini Tentukan Tarikh P/Raya Kecil Merlimau

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan mengundi bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau yang dikosongkan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan minggu lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya telah pun dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi tersebut oleh Dewan Undangan Negeri pada 21 Januari iaitu sehari selepas kematian Mohamad Hidhir.

"Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mempengerusikan mesyuarat itu nanti," kata Kamaruddin.

Mohamad Hidhir, 54, meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Pakar Putra Melaka pada 20 Januari.

Allahyarham yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri telah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama dua penggal.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Mohamad Hidhir berjaya mempertahankan kerusinya dengan menewaskan Jasme Tompang dari PAS dengan majoriti 2,154 undi.

Artikel Lain