Pemuda Dikhuatiri Lemas Setelah Terjun Sungai - Semasa | mStar

Pemuda Dikhuatiri Lemas Setelah Terjun Sungai

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam sungai di Kampung Pulau Bahagia, di sini malam Isnin.

Bagaimanapun laporan kehilangan Khairul Hakim Dagang, 20, hanya dibuat pada pukul 3 petang Selasa di Balai Polis Manir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Ismail Mat Hassan berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh 15 anggota termasuk unit skuba sebaik pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan itu.

Lelaki itu dikatakan berada di tepi sungai itu bersama tiga lagi rakannya dan menurut laporan yang diterima, dia bersama seorang rakan terjun ke dalam sungai itu apabila terkejut dengan kehadiran polis, katanya ketika di temui di tempat kejadian hari ini.

Beliau berkata pemuda itu dikatakan tidak tahu berenang, manakala rakannya dapat menyelamatkan diri.

Ayah mangsa Dagang Ismail, 62, ketika ditemui berkata beliau mendapat tahu mengenai kejadian membabitkan anak bongsunya itu pagi ini melalui rakan-rakan anaknya dan terus meminta penduduk kampung mencarinya.

"Saya membuat laporan polis setelah tidak menemuinya. Sebelum ini anak kelima saya sudah seminggu tidak keluar rumah kerana tangannya terseliuh.

"Setahu saya semalam dia keluar bersama rakan untuk memancing di sungai itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, pihak polis yang dihubungi enggan memberi sebarang kenyataan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain