Badrul Dakwa Tindakan Speaker Mahu Kurangkan Undi BN - Semasa | mStar

Badrul Dakwa Tindakan Speaker Mahu Kurangkan Undi BN

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang kerusinya diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Rabu lepas, menyifatkan tindakan Datuk Teng Chang Khim menghalangnya daripada menghadiri persidangan pada Isnin bertujuan mengurangkan undi Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa kesal dengan tindakan berkenaan kerana menafikan haknya sebagai ADUN.

"Speaker sengaja halang saya menghadiri persidangan kali ini, mereka menghalang hak saya untuk hadir.

"Saya yakin ini adalah taktik mereka untuk mengurangkan majoriti (BN) dalam dewan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau mengulas tindakan pengawal pintu masuk DUN yang menghalangnya daripada memasuki dewan kira-kira pukul 10.02 pagi tadi.

Pihak pengawal memaklumkan bahawa mereka menerima arahan daripada Teng untuk menghalang Badrul Hisham memasuki dewan pada pukul 10 pagi.

Sebelum ini Teng memaklumkan bahawa Badrul Hisham tidak layak menghadiri persidangan DUN kerana kerusi Pelabuhan Klang telah diisytiharkan kosong pada 19 Januari lalu.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Badrul Hisham memaklumkan beliau menerima notis jemputan menghadiri sidang DUN pada 11 Januari lalu.

"Saya ada dapat surat jemputan, sebab itu saya datang hari ini. Saya berhak untuk hadir kerana masih menjadi ADUN yang sah," katanya sambil memaklumkan tidak menerima sebarang surat pembatalan jemputannya.

Menurut Badrul Hisham lagi, sehingga kini beliau belum menerima sebarang notis rasmi berhubung kekosongan kerusinya melainkan hanya mnegetahui mengenainya menerusi media.

"Sampai hari ini saya tak terima apa-apa notis rasmi, jadi saya masih ADUN yang sah," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Badrul Dilarang Masuki Sidang DUN Selangor

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain