suria

Saman Fitnah Khir Toyo Didengar September Ini

SHAH ALAM: Saman fitnah yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo terhadap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini, pada September depan.

Saman tersebut akan dbicarakan di hadapan Hakim Dr Badariah Sahamid selama empat hari bermula 19 September depan.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Syajaratudur Abd Rahman pada pengurusan kes pada Isnin.

Mohamad Khir diwakili peguam M. Athimulan manakala peguam M. Manoharan mewakili Ng.

Mohamad Khir memfailkan saman itu yang tidak dinyatakan jumlahnya pada 7 Januari 2010 kerana mendalwa Ng telah mengeluarkan kenyataan yang memfitnahnya berhubung isu bangle mewah miliknya yang terletak di Seksyen 7, di sini.

Dakwa Mohamad Khir, kenyataan tersebut telah disiarkan di dalam akhbar The Star bertarikh 7 Julai 2009.

Justeru itu, Mohamah Khir menuntut ganti rugi yang terdiri daripada ganti rugi am, teladan dan teruk serta perintah bagi menghalang Ng atau ejennya daripada terus mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah terhadapnya.

Artikel Lain