suria

Peniaga Rugi RM9,300 Disamun Empat Lelaki

KUANTAN: Seorang peniaga kerugian wang tunai RM9,300 selepas disamun empat lelaki di Jalan Jerangau-Jabor, dekat sini pagi Ahad.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Asisten Supritendan (ASP) Noor Asyikin Shamsuri berkata dalam kejadian 10.50 pagi itu peniaga berusia 29 tahun tersebut memandu seorang diri dari Kemaman ke Kuantan.

"Sampai di tempat kejadian mangsa telah berhenti untuk berehat sebelum dihampiri sebuah kereta Waja yang dinaiki empat lelaki," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Beliau berkata tiga daripada lelaki terbabit telah keluar dari kenderaan tersebut dan menyamun peniaga berkenaan.

Noor Asyikin berkata berlaku pergelutan antara tiga lelaki itu dan peniaga terbabit sebelum mereka berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM9,300 dan sebentuk cincin emas miliknya. - BERNAMA

Artikel Lain