suria

Isteri Maut Selepas Jip Terbabas Masuk Longkang

KUANTAN: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas di Km 46.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 3.50 pagi Ahad.

Pegawai Turus Trafik Pahang, DSP Mohd Najid Jusoh berkata, Allya Abu Bakar, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

"Mangsa bersama suami dan tiga anaknya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Suami dan anak mangsa hanya cedera ringan.

"Sampai di tempat kejadian kenderaan yang dipandu suami mangsa telah terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam longkang," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila kenderaan yang dinaiki keluarga itu cuba mengelak kenderaan lain yang memasuki laluannya. - BERNAMA

Artikel Lain