suria

Dua Lelaki Mengedar Dadah Dihukum Mati

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang mekanik dan pemilik syarikat pengiklanan selepas mendapati mereka bersalah mengedar dadah methamphetamine 143.8 gram, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Tong Kam Yew, 39, dan Wang Wee Cheng, 29, selepas mendapati pembelaan yang dikemukakan mereka gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Mereka didakwa mengedar dadah tersebut pada pukul 6.30 petang, 3 Februari 2008 di kawasan Restoran Hwa Keng, Jalan Kenari 6, Bandar Punchong Jaya, dekat sini dan pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Sesksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pada pembelaan mereka, tertuduh yang diwakili peguam-peguam K L Chee dan Datuk Hanif Hashim mengemukakan enam saksi, termasuk seorang pembakar sate yang berasal daripada Indonesia, Hamidah Salih.

Bagaimanapun, Su pada penghakimannya berkata, menolak percakapan saksi tersebut yang bukan sahaja tidak ditandatangani, tetapi turut tidak dikemukakan di mahkamah.

Selain itu, beliau berkata, perkataan yang terdapat di dalam keterangan saksi itu ditulis dalam Bahasa Melayu standard sedangkan saksi yang berketurunan Jawa tidak memahami Bahasa Melayu.

Pendakwaan terhadap Tong dan Wang dilakukan oleh Tmbalan Pendakwa Raya Fazillah Begum Abdul Ghani yang memanggil tujuh saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan.

Artikel Lain